Huzaifah bin Usaid alGhifari RA berkata:
“Telah datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang
berbincang-bincang. Lalu Nabi bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”
Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari Qiamat.” Lalu Nabi
SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari Qiamat sehingga kamu melihat
sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya.” Kemudian Baginda
menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat
tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam ‘alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj,
tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga
di Semenanjung Arab, dan yang akhir sekali adalah api yang keluar dari
arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar
mereka.” - HR Imam Muslim
Takhriij alHadith:
Dikeluarkan oleh
Muslim dlm shahihnya Jld 4, Kitab alFitan, #2901. Juga Ibn Athiir, Jami’
alUsyuul yg dikeluarkan oleh Abu Daud dan atTirmidzi. Hadith shahih
dari jalur Hudzaifah alGhifari RA.
Fiqh alHadith:
Tanda2 dalam
hadith Hudzaifah ini dinamakan tanda2 besar Qiamat. Tanda2 gesar
bermakna Qiamat itu sudah terlalu hampir atau manusia berada di ambang
Qiamat.
Tanda #1: Dukhan (jerebu atau kabus tebal)
Kabus atau jerebu tebal yg menjadi bahaya ialah bila ia mencecah indeks bacaan 500 ke atas.
Para salaf
berpecah menjadi dua golongan bila mentafsirkan jerebu ini. Kumpulan Ibn
Mas’ood RA, Mujahid, dan ibn Jarir atTabari menetapkan Dukhan atau
jerebu ini adalah tanda Qiamat yg sudah pun berlalu di zaman RasuluLlah
SAW sempena turunnya surah adDukhan. Jerebu yg menimpa kaum Quraisy.
Kumpulan Imam Ali
bin Abu Tholib RA, Abu Said alKhudri RA, Ibn Abbas RA, Ibn Umar RA,
alHasan bin Ali RA dan Hasan alBasri mengatakan jerebu ini benar2 tanda
besar Qiamat dan ia belum lagi terjadi. Hadith Hudzaifah ini adalah
dalil mereka.
AlHafiz Ibn Kathir
RH mendokong pendapat Ali dan Ibn Abbas. Imam Nawawi ketika mensyarhkan
hadith ini menyatakan jerebu itu meliputi bumi selama 40 hari. (Syarah
Muslim 18/27)
Tanda #2: Keluarnya alDajjal alMasih
Dikembarkan
istilah alMasih kepada Dajjal ialah kerana alMasih bermaksud salah satu
matanya terhapus (Ibn Athir), ada pun Dajjal bermaksud pendusta. Maka
Dajjal alMasih = Pendusta yg bermata satu. (Ibn Athir, Jami’ alusyul
9/356)
Fuqaha’ yg menolak
munculnya alDajjal alMasih ialah Imam Muhammad Abduh, mantan Mufti
Mesir. Beliau menetapkan Dajjal yg dimaksudkan itu adalah aliran
kesesatan secara umum (Tafsir alManar, Jld 3).
Manakala faham
Muktazilah, Khawarij dan Jahmiyah menolak secara total kerana jika benar
Dajjal suatu ancaman kepada manusia, niscaya alQuran ada menyebutnya,
tapi tidak ditemui dalam alQuran.
Namun i’tiqad ASWJ
menetapkan melalui hadith2 yg mutawatir akan kemunculan Dajjal alMasih
di akhir zaman sebagai tanda besar Qiamat. Pendetailan mengenai ciri2,
tanda2 mengenal Dajjal tidak dapat dibahaskan di sini kerana ia teramat
banyak dalam kitab2 yg beredar di pasaran, cuma perhatikan hadith2 yg
menyalurkan maklumat tentang Dajjal itu shahih atau hasan.
Tanda #3: Keluarnya ‘Daabbah’ (binatang melata)
Hadith Hudzaifah ini menguatkan maksud ayat 82 surah anNaml : (Kami mengeluarkan sejenis binatang melata dari bumi).
Tujuan binatang
ini keluar ialah sebagai suatu peringatan yg terakhir kepada orang kafir
supaya beriman dan kepada orang Islam supaya tetap istiqamah. Daabbah
ini bukan monster atau binatang yg memakan manusia!
Komentar Syaikh Ahmad Syakir pada Musnad Imam Ahmad:
Perihal Daabbah
(binatang melata) ini maklum pada orang yg berbahasa Arab suatu makna yg
luas (tidak terhad) pada istilah binatang. Malah Daabbah adalah kalimah
yg membawa maksud yg luas. Maksudnya suatu istilah yg hanya dimengerti
oleh orang yg memahami bahasa Arab.
Tanda #4: Terbitnya matahari dari sebelah Barat
Ini bermakna Jepun bukan lagi negara matahari terbit. Morocco atau Maghribi pula akan dinamakan negara matahari terbit.
Hadith ini adalah
syarh kepada ayat 158 surah alAn’am. Kata Imam atTabari dan Ibn Kathir
ketika mentafsir ayat ini, salah satu tanda itu ialah terbitnya matahari
dari Barat.
Kata Imam Ibn Hajar (alFath), bila hal ini berlaku, maka pintu taubat pun ditutup. (Fath alBari 11/352)
Tanda #5: Turunnya Isa putera Maryam AS
Perkhabaran Rasulullah SAW ini menguatkan ayat AQ sebelumnya:
- AQ 4: 157-158
- AQ: azZukhruf (43): 61
- anNisaa’: 51
Maka disimpulkan:
Turunnya Isa AS di akhir zaman adalah aqidah ASWJ. Ingkar bermakna mendustakan Muhammad SAW kerana mutawatirnya alHadith.
Tujuan Isa turun
ialah melaksanakan semula syari’at Muhammad dan memerangi semua agama yg
lain dan keamanan akan melimpahi bumi selama 40 tahun. (Albani,
Silsilah asShahihah/IV/559)
Tanda #6: Keluarnya Ya’juj wal Ma’juj
Menurut Ibn Hajar (alFath 13/107), asal usul Ya’juj dan Ma’juj ialah keturunan Adam jua.
Hadith Hudzaifah di atas menguatkan dalil alQur:an mengenai kemunculan dua kaum yg ganas itu di Akhir zaman.
AQT 18: 94 (Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Ya’juj dan Ma’juj sentiasa melakukan kerusakan di muka bumi)
AQT 21: 96
(Sehingga terbuka tembok yg menyekat Ya’juj dan Ma’juj serta mereka
meluru turun dari tiap2 tempat yg tinggi. Dan hampirlah datangnya janji
hari Qiamat yg benar)
Ada pelbagai tafsiran:
Sebahagian
mengatakan Dua kaum pemusnah ini sudah berlalu, iaitu ketika keluarnya
kaum Monggol dan Tartar dari Asia tengah. Antara yg berpendapat demikian
ialah Almarhum Ustaz Sayyid Qutb dalam Tafsir azZilal. Imam alQurthubi
juga berkata kemungkinan kaum Tartar dan Mongol itu adalah Ya’juj dan
Ma’juj. Begitu juga pendapat Ibn Athir, alKamil: 13/375
Pendapat yg rajih
ialah Ya’juj dan ma’juj itu muncul ketika zaman turunnya Isa putra
Maryam AS. jika ada kaum yg sebelum turunnya Isa, ia adalah ciri-ciri
Ya’juj wal Ma’juj sahaja. Akhirnya Ya’juj dan Ma’juj ini dibinasakan
dengan berkat do’a Isa alMasih (Dr Sulaiman alAsyqar, alYaum alAkhir,
Kuwait, 1988, Syaikh Yusof Abdullah, alWabil, ‘Alamaat alQiyamah
alKubra)
Tanda #7: Tiga khasaf di sebelah Timur, Barat dan Jaziirah Arab
Berkata alHafiz
Ibn Hajar (alFath: 12/ms 84), gempa atau runtuhan besar ini belum
berlaku lagi walaupun gempa itu sering terjadi di pelbagai tempat.
Tetapi gempa tanda Qiamat ini adalah gempa yg amat besar sekali berlaku
di Timur, Barat dan Semenanjung Arab yg membawa kemusnahan yg dahsyat.
Ulasan s2s:
Gempa yg dahsyat
selalunya >9.5 di atas skala Richter, spt yg berlaku di Acheh yg
mengakibatkan kesan Tsunami yg melanda satu kawasan yg besar di
Indonesia, Sri Lanka, India, Thailand dan Malaysia. Rata-rata bila
ditanya orang yg menyaksikan Tsunami ini, maka mereka menyangkakan
Qiamat.
Tanda #8: Munculnya api yg besar di Yaman (Kota Aden)
Ibn Hajar berkata:
Api ini adalah tanda terakhir tanda2 Qiamat yg besar-besar dan petanda
pertama bermulanya fasa Qiamat (alFath: 13/82)
Bila api itu
muncul, maka manusia akhir zaman akan berduyun-duyun berkumpul di
tempat2 perhimpunan masing-masing. Mereka berpusu-pusu melarikan diri
beramai-ramai dan sesiapa yg tidak berpindah, akan dimakan oleh api itu.
Tempat tumpuan perhimpunan ialah Syria (Ibn Kathir, anNihayah 1/259)
TAMAT syarah hadith Hudzaifah bin Usaid RA.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar